Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..



bila jiwa resah...

Kadang-kadang, complicated nya life ni buat kita rasa sesak. Namun detik itu, ke manakah hala tuju kita? ke mana kita mohon pertolongan? ke mana tujuan kita bila hati resah,gelisah,hati remuk..?

Apa kata kita cuba..di saat hidup kita penuh resah, kita tuju hati kecil ini menuju Ilahi.. basahkan jasad ini dengan ketenangan siraman wuduk..sejukkanjiwa dengan membaca surat cintaNya, sang Kekasih, Pencipta kita..

Mungkin tika inilah, titis demi titis titisan jernih mengalir tatkala kita bersimpuh di atas sejadah solat, bermuhasabah kelemahan diri...seorang hamba padaNya...


kasih...

Dengan nama Allah...



Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Merunduk tawaduk di pucuk-pucuk daun?
Masihkah ia seperti karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian?
Apa khabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menyuluh kehidupan?

Apa khabar engkau di sana?
Di mana pun engkau berada, semoga Allah
sentiasa melindungi & menjaga
serta memberi kesihatan kepadamu,
hari ini,esok dan selamanya...
amiin.

meski jarak memisahkan namun tiada noktah kasih..
Biarlah waktu menilai ukhwah yang terjalin,
teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir,
dengan berangkatnya dirimu hari ini ke sana...



maafkan saya...


gara-gara segala macam rasa lam hati nie.
malam ni saya bad mood.
dan gara-gara bad mood jugak lah.
saya t'bawa2 bila msg ngan sorg ni.
gara-gara t'bad mood dgn dia lah,
saya pulak rasa bsalah bila stop conversation cmtu je.
aisshh.
saya nak jalan-jalan.
saya nak tgok suasana malam dengan lebih luas.
tiap-tiap malam sy tgok dari jendela bilik.
rasa terperap mcm nk buat daging perap utk bbQ.
isk3 T_T

awak,,maaf ek.
tak sengaja tadi.
mood saya tak baik tadi.





huhu ;p

malam ni wat kerja sengal ngan shana.
dbagi kebenaran mceroboh blog sum1.
harharharrr!!

http://www.emocutez.com

bukan ap,biasala bila da tension2 ni kan.

http://www.emocutez.com

macam2 la nak benda buat.

gmbar2 bawah ni sampingan je.
lumrah hidup bdk2 kimia yg da xde port laen nak pose.
and da xde pakaian laen nk tunjuk.

http://www.emocutez.com

[others xtau la.kami b5 mmg cmni.bkn nye slalu hang out mane2 cam org laen,
jd picxa pon terhad jep :) ]


HARI PENCINTA HIJAU





Sepotong ayat yang dingin.
Mewakili diri mu yang sengaja membeku.
Hukuman apa kah ini, aku tak mengerti.
Semakin aku cuba mentafsir langkah mu,
Semakin itu aku terkeliru.
Begitu lah sebenarnya kehidupan,
Bila tidak ada budi yang di kenang,
Bila kelebihan mu mengatasi kekurangan ku,
Semudah itu lah segalanya bernoktah.
Siapakah yang merasakan pedih luka ini kecuali yg terluka.
Dan sememangnya kamu yang melukakan tidak akan terjejas.
Aku bayangkan lontaran ketawamu di saegenap penjuru.
Ketawa lah se mau mu kerana yang kalah bukan kamu.
Biarkan saja aku di sini berhempas pulas untuk bangun sendiri.
Campakkan lah hati ku se keras mungkin jika itu membahagiakan mu.
Usirlah bayang ku agar tidak berterusan menjadi daki di telapak kaki mu.
Penghinaan yang kau hulurkan ini tidak pernah ku bayangkan,
kerana demi kamu segala kemungkinan telah aku pertaruhkan.
Demi kamu yang memulakan mimpi,
dan demi kamu yang mengakhiri nya begitu saja.



pergilah....

saat kita bertemu dahulu, kau hadir sebagai kawan setia ku,
pada mulanya kau hilang dari pandangan mata ku oleh kerana kau ada yang lain disisi mu,
tapi aku biarkan kau pergi, namun kau hadir kembali di sisi ku kembali..

aku bukan seorang setia pada cinta ku, aku juga bukan seorang yang baik di sisi mu, telah ku khabar kan kepada mu pekara yang nyata, namun kau tetap jua bersama ku, dari situ mula lah aku mencari makna cinta itu sendiri, aku tidak mencari sesiapa lagi kerna kau sudah berada disisi ku, aku bersyukur kepada ilahi telah temukan aku bersama mu yang luhur hati nya, yang setia pada cintaNya, aku berjanji akan bersama diri mu, aku jaga diriku,,aku buktikan cinta ku pada mu biar aku susah sekali pun, itulah cinta terhebat aku kepada mu.

namun semua kisah kita berakhir dengan satu dugaan, kau tinggalkan aku disaat aku kesempitan, kau hilang mencari makna pengorbanan, kau pinta aku pergi untuk berbahagia bersama yang lain, aku akur kehendak mu tapi aku tidak pasti apa kesalahan ku, aku sudah buat yang terbaik untuk diri mu, aku telah berusaha mendapatkan cinta ku, dimana cinta kau pada ku itu??

saat ini aku faham, tiada makna setia lagi, tiada makna cinta lagi, kau sudah pun menjadi tunangan orang, aku tidak layak mengganggu mu lagi, aku pasrah, ini dugaan aku untuk kenal cinta sejati, aku cuba menerima segala cabaran, aku terima dengan hati terbuka, redha aku pada takdir dan suratan adalah kedamaian,

berulang kali aku fikirkan jika ada jodoh mu bersama ku aku terima mu seadanya, aku redha mungkin ini lah dugaan nya, siang tak semestinya panas, namun akan ada kedinginan, allah maha adil allah maha kuasa keatas sesuatu, aku cuba hadapi perkara ini dan aku jadikan pengajar terbaik buat ku,tiada makna yang setia lagi di samping ku..

mencintai dalam diam...


.article from virtualfriends.

exam...

chem safety & management 18 april
kenegaraan msia 20 april
thermodynamic chem 23 april
inorganic chem 24 april
amali inorganic 27 april
teknik spectroscopy 27 april
math 4 chemist 2 may
mechanism in organic 3 may
amali organic 5 may

Jadual Final Exam sem 2 2010/2011

whoaa....huhu
best sgt tgok..
*bahagia*
hm..tp x kompem pon ag jadual tu.
saboo jela...

subhanallah..

[picx nie amek dr jendela bilik sy..nmpk jelas :) ]

malam ni supermoon,,dekat je ngan bumi..jarak dia 356,577km..
kalo kita tgok,,15% lebih besar & 30% lebih bersinar drpd biasa..
subhanallah,,indahnya ciptaanMU...


^___^

sy suka snap picxa (^^,)v


hari2 yang dlalui...

phewww~~
http://www.emocutez.com

bulan 3 yg agak padat jadual nya.
biasalah,senang2 dulu,susah2 kmudian.
awl sem rilex2 je,nk akhir mula la bnyak keje.
report,lab inspection,case study,
tutorial,assignment,pop quiz,test...
saboo jela.
lumrah hidup seorang pelajar.
huhu.

bulan ni,hujan sntiasa mcurah2.
best woo..syejukkk~
dan best jugak,,slaloo basah nk g kls..
haru.

http://www.emocutez.com

bawah ni picx kami b'5 mredah hujan kat kompleks kuliah.

[ ni kema bpayung biru ]

[ ni hani bpayung merah & me bpayung pelangi ]

[ izah & ama bpayung silver ]

| picx nmpk blurr la,knp ye? hmm...sbb kabus hujan kot |

p/s : bsyukur lah apa ada nya & setiap dugaan yang datang ^__^
to my bFF nik & peq_qimi,,smoga selamat pjalanan pergi sana dan pulang ke sini :)

suka suki :)

oke.
nama penuh sy ummi lina syazwani bt mohamed.
kwn2 slalu pgil sy umy.
xkesah lah laki ke ppuan.
close frens pun slalu pgil wani.
kdg2 org pgil sy umy lina.
hm.sy slalu pk.dr dulu smpai skrg.
bila la org nak pgil sy lina?
tp sdr x sdr.
dak2 korz skrg ad yg pgil sy LINA.
bnyk kali da rupa nya.
sy dgr tp sy x mnyahut.
sy dgr tp sy ignore.
sbb sy x ingt lina tu nama sy.
hehehe.
so,skrg sy baru tahu,ad je pgil sy lina.
tapi saya x perasan.

pgil lah lagi.
saya suke.
lina tu kan kelembutan.
blh lah jd doa,,biar sy lembut sket.
^___^



so,sekarang,sape2 nak ubah panggilan sy tu,
silakan.
insyaAllah,sy menyahut :p


geng_islam 22

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

(Muslim)


senyum...

hari nie saya nak jd budak baik.
nak ikut nsihat mak ayh sy.
nsht mereka hari ni :

"dah lah tu kak. jgn pikir lg hal ni. lupakan smua. jgn ditagih kasih sayang seorang hambaNya.
tagih lah kasih sayang Dia. kasih syg Dia lg luas. stiap sesuatu tu ada hikmah nya. Allah lbh mengetahui. smua itu urusan Dia ke atas kita. bdoa & menyerah spenuhnya padaNya. ingat kak, luas lagi kasih sayangNya. mulakan hari baru ye."

sprti firman Allah swt :
”Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.”
(QS Al-A’raf [7]:156)

ya.
mulakan hari baru.
insyaAllah,wani cuba.


Pulau Sepi, Pulau Ilusi...

|Jurnal VI|

Semalaman aku berjaga. Tidak lena menanti siang. Ketika fajar muncul di kaki langit, aku senyum girang. Cahaya merangkak perlahan, menyapa sekelilingku. Ku lihat air laut indah, tenang dan damai. Kuamati pepasir pantai landai dan merata. Aku jadi kasih.

Kupandang istana pasir yang dibina semenjak awal persinggahan. Masih gah, masih kekal di tempat itu. Di tepinya ada cengkerang putih dan kelabu yang kususun bertaburan menjadi bentuk hati. Aku jadi rindu.

Kutoleh pada pepohon yang bergoyang ditiup angin. Sering membisikkan lagu untukku. Kuingat buah-buah kenangan yang sentiasa menyembul di sisiku. Memberiku nafas dan kehidupan. Aku jadi sayang.

Ketika matahari hampir tegak. Aku teringat bicara puteri bayang-bayang. Aku harus menaiki bahtera itu. Tiba-tiba hatiku dibelit rindu, kasih dan sayang.

Pulau ini akan terpisah jauh dariku nanti. Perasaan apakah ini? Adakah perasaan ini yang bakal menghalangku nanti?

'Ya, inilah yang seharusnya kamu sedar semenjak dahulu. Pulau ini menyeru kenangan, membuka imbauan silam, mengungkit nostalgia. Ia akan menggari kaki dan tanganmu agar tidak lari dari sini'

Puteri bayang-bayang? Engkau muncul lagi? Aku ingin tahu, jika di sana adalah kehidupan, adakah di sini kematian?

'Di sini bukan kematian, bukan kehidupan. Di sini adalah pulau ilusi yang engkau ciptakan sendiri. Ini cuma fantasi.'

Jika ini cuma fantasi, bagaimana bahtera itu boleh berlabuh di sini? Pasti mereka tidak menemukan ku.

'Mereka tidak menemukan pulau ini, mereka menemukan kamu. Mereka datang sini bukan untuk singgah, tetapi untuk kamu. Mereka itu adalah orang-orang yang mengharap kamu kembali kepada kehidupan. Mengharap kamu keluar dari kesepian. Mereka adalah orang yang mencintaimu.'

Orang yang mencintaiku telah pergi.Engkau sendiri tahu. Aku tidak mahu sesiapa lagi dalam hidup ini.

'Sayang seribu kali sayang. Jika itu sikapmu, kamu juga akan menjadi penghuni abadi di pulau sepi. Kamu dan penghuni di sini adalah sama. Tidak tahu meraikan cinta yang hadir. Mereka itu sombong dan tidak menghargai kehidupan. Mereka hanya mahu hidup dalam kenangan. Dalam janji silam, dalam kota-kota kenangan.'

Betulkah aku tidak menghargai kehidupan? Aku...aku tidak boleh memungkiri janji.Aku harus teruskan kehidupan ini. Aku harus teguh.Tuan puteri, aku akan pergi sekarang. Pergi menaiki bahtera itu.

'Pergilah. Keluar dari pulau ilusi ini. Di sini hanya ada kenangan.'

Matahari sudah tegak. Aku berlari sekuat hati ke arah Timur. Aku pandang pohon melambai. Aku terdengar deru perpisahan. Aku pandang ombak yang menghempas. Aku dengar tepukan harapan. Aku terus berlarian di atas pasir kering. Aku harus menaiki bahtera itu. Aku akan meneruskan kehidupan.

Wajah dia yang telah pergi itu tiba-tiba muncul di mata. Tersenyum padaku. Jangan bimbang, janjimu akan ku tunai. Engkau akan sentiasa hidup dalam jiwaku.

Bersama bahtera ku berlayar,
Tujuh lautan dijarah nakhoda,
Biarpun luluh nyawa dikelar,
Janji yang dipatri pasti dikota.

Aku berhenti, memandang lautan kosong. Puteri bayang-bayang itu berbohong padaku. Di sini tiada bahtera. Aku kecewa, lalu terduduk di tepi gigi air.

'Aku tidak berbohong. Cuma kamu yang tidak melihatnya. Bukalah hatimu. Dengarlah dengan jiwamu. Pasti akan terdengar suara yang memanggilmu dari atas geladak kapal.'

Aki diam memejam mata,cuba membuka hatiku. Melepas segala liang-liang yang terhimpit di jiwa agar melebar dan lapang. Aku berlegar dalam kolong jiwa, mencari suara-suara yang singgah. Aku terdengar sesuatu, tetapi kurang jelas.

'Bukalah matamu'

Suara puteri bayang - bayang ke lubuk hati. Aku membuka pelipis mata. Aku sudah nampak, bahtera di hadapanku. Pantas aku merungkap patah bicara;

Adat menghukum pada yang zahir
Mengukur cakap menghurai sifat
Cinta tidak semestinya terungkap di bibir,
Hanya makrifat akan mengungkap hakikat.

Cintaku akan akan bersemadi di nubari. Yang penting, aku harus melangkah ke gigi air sekarang. Harus keluar daripada permukaan pulau ini. Aku harus pergi daripada dunia ilusi. Tanpa banyak tingkah, aku berlari ke gigi air. Cukup tiga langkah, aku menoleh ke belakang. Pulau sepi hilang daripada mataku. Bahtera di depanku juga hilang. Pandanganku gelap.

'Bukalah matamu..' Sayu kedengaran mersik suara. Perlahan - lahan mataku dibuka.

'Kenapa aku di sini? Di mana pulau sepi? Puteri bayang-bayang?' Suara hatiku bergema. Diriku kini terbaring di atas katil bercadar putih. Berasa hatiku sungguh lapang dan fikiranku tidak lagi tertekan. Sisa - sisa memori juga tidak begitu membayangi ingatan.

'Allah...'


geng_islam 21

Hadis riwayat Jundub Al-Alaqiy ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda:

"Barang siapa mencari kemegahan dengan amal perbuatannya, maka Allah akan menyiarkan aibnya dan barang siapa yang riya' dengan amalnya, maka Allah akan menampakkan riya'nya."

(Shahih Muslim)



geng_islam 20

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Rasulullah bersabda:

"Tiga perkara yang akan mengiringi mayit, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amal perbuatannya."

(Shahih Muslim)





smile.

...biar gambar berbicara...




.terokaan seluas lautan.


.after joging.
.amek angin tepi pantai,best.


.ni ama & kema.comel je kan ^__^

.special picx.

^_^v

pelbagai...

|first|

wpon kantoi saya agak x fokus kuliah ptg td.
tp sy nak citer gak.
gara2 ngantok sbb exhausted mgu ni.
dlm kls td sy mula pgang pensel n amek krts kosong.
mula mconteng krtas tu dgn niat,nak draw sumtinx.
tp,,sedih sangat.
lame dah x asah bakat,smpaikan idea yg ada,x dpt dnukilkan ats skping krtas.
nak mlukis,tp x dpt.
isk3.
bru ingt dah lame x mlukis.
bakat tu da tumpul.
mcm pisau yg dah lama x guna.
dbiarkan bkarat.
mula sedar,sy dah kehilangan.
kehilangan ssuatu yg bgtu bharga & mbawa bnyk kenangan.


|second|

gembira & excited.
dpt hang out wit my bFF.
semalam.wpom ksuntukan masa.
tp berbaloi.
*smile*

|third|

esok sy ad test.
dua, kimia organik & math 4 chemist.
doakan saya ye :)

|fourth|

.fedup ngan certain condition.
ignore it

|fifth|

.i.m.somebody.
.as.always.

...................................................................................


Puteri Bayang-Bayang...

|Jurnal V|

"Bangunlah..."

Aku tersedar apabila terdengar namaku dipanggil. Cahaya suria terik. Aku terpisat-pisat menyapu mata yang berkunang. Siapa itu? Aku terlihat segugus bayang, tetapi tidak pasti wajahnya. Kemudian hilang.

"Bangun..sudah sampai waktu untuk beredar dari pulau ini."

Aku kaget, suara itu bagai terus ke lubuk hati. Mataku membulat dan memandang serata. Tiada seorang pun di sisiku. Pantas aku berlari ke gigi air. Membasuh muka, membuang segala kesan-kesan mimpi semalam. Aku mendongak. Kemudian kembali mencari arah datangnya suara misteri itu. Siapakah dia?

"Aku adalah puteri bayang-bayang.."

Sekali lagi suara itu terus ke hati. Aku lari ke atas pasir kering, mencari suara misteri itu.
Engkau di mana puteri bayang-bayang? Aku mahu melihatmu.

"Aku cuma suatu bayangan, engkau tidak mungkin melihatku. Engkau hanya boleh mendengar suaraku."

Kenapa engkau ke mari? Adakah engkau juga sunyi sepertiku?

"Tidak.Aku tidak sunyi, aku datang kerana engkau memanggilku. Melalui sajak yang engkau bacakan semalam. Di tepi pantai ini, di bawah bintang-bintang semalam. Di saat engkau berbicara tentang kenangan. Ketika engkau putuskan mahu mengotakan segala janji. Ketika itu aku hadir."

Aku yang memanggilmu? Alangkah bagusnya, aku sudah punya teman sekarang. Tetapi, untuk apa engkau ke mari?

"Untuk mengarahmu beredar dari sini. Selepas ini akan ada bahtera yang berlabuh. Bahtera yang akan membawamu ke pulau kehidupan."

Aku pasti akan menaikinya, tuan puteri tidak perlu memaksaku.

"Sudah ramai aku menemui orang sepertimu. Mereka singgah di pulau sepi, mereka enggan untuk pergi. Aku yakin engkau juga begitu, sehingga aku terpaksa mengarah supaya engkau beredar."

Engkau juga menamakan ini pulau sepi? Sungguh kebetulan. Tidak mungkin ada orang sanggup hidup di sini selamanya. Termasuk aku.

"Siapa kata? Engkau belum melewati seluruh wajah pulau ini. Engkau tidak singgah di semua penjuru. Engkau tidak tahu bahawa di balik pulau ini, masih ada orang sepertimu. Mereka adalah orang yang tidak mahu kenangan mereka diganggu."

Sampai begitu sekali mereka itu?

"Hati seperti lautan dalam, tidak tahu dasarnya. Luas, tidak tahu sempadannya. Jika tersilap karam, bimbang tidak menemui jalan pulang."

Tidak mengapalah, aku pasti akan pergi. Tuan Puteri jangan bimbang.

"Esok, waktu mentari tegak. Bergegaslah ke arah Timur. Di sana akan menanti sebuah bahtera.Engkau harus menaikinya. Harus! "

Diam. Puteri bayang-bayangsudah menghilang. Aku memanggilnya berkali-kali, tetapi tiada jawapan. Aku kembali sunyi.