Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..

tunang...


buat kak cha a.k.a. roomate saya.
tahniah!
akak da jd tunang org.
suke + jeles.
hahahahha

http://www.emocutez.com


btol lah kan.
akak da 1st step nk mbina bait muslim.
whoa...
saya harap akak dgn tunang akak bkekalan,
hingga ke akhirnya.
insyaAllah.

klaka plak.
sy plak yg excited td tgok gmbar2 akak tunang.
chantek sangat!
hehe :p

p/s : dalam hati,cmne la in da future *daydreaming* muahahaha.jgn amek siyes,gurau je :)


Rumput dan Kasih Sayang...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.


p/s : saya sayang kamu.



geng_islam 19

Hadith :
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain."

Riwayat Muslim.


malam...

http://www.emocutez.com

malam ni banyak bintang.
suke sangat.
dah lama tak usha2 bintang d langit.
menikmati keindahanNYA.
selalu balik kelas ptg,trus beli mkn malam.
so,malam dah x kuar bilik.
malam ni,baru jenguk kluar malam.
g mkn2 jap.

rasa cam sunyi je malam nie.
maybe ramai pg jom heboh kot
mak cik kdai mkn tu pon tnya.
"adik x g jom heboh ke?"
"ouh,xlah mak cik.malas.hehe"
mmg malas pon.
huuhuhu.

lps makan,main dgn anak kucing.
comell sgt.

mak kucing tu pon,sweet jep.

comel kan ^__^

sy suke bintang dan kucing :)

http://www.emocutez.com



Cinta Cahaya Iman...

Cinta datang pada Iman

Tangannya tidak henti menarik rumput di tepinya. Melepaskan gelora di jiwa, menahan air mata yang berdosa itu menitis lagi. Imannya meronta-ronta kerana kalah pada nafsu yang yang tengah bersorak gembira.

"Maafkan aku wahai iman," Nurul Iman bermonolog sendirian.

Tidak dapat diseka lagi air mata jernih itu jatuh. Iman diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat dalam dirinya. Ya, sebelum ini bukannya dia tidak tahu tapi kehendak nafsu itu lebih diutamakan. Itulah Nurul Iman pelajar Tahun satu dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab. Seorang pelajar yang hebat berkata di pentas perjuangan. Dia juga barisan kepimpinan dakwah di situ. Hebatnya Iman dalam perjuangan memberi suntikan semangat kepada akhawat yang lain.

Tetapi Iman tewas pada satu persada yang lain. Air mata Iman jatuh lagi mengenangkan kebodohan diri sendiri. Mengenangkan kembali saat perkenalan dengan seorang lelaki sewaktu Iman menjalani kem Perkasa Diri selepas SPM. Ketika itu, Iman hanyalah perempuan biasa yang baru mengenali erti kehidupan di luar sana. Di kem itu banyak mengajar Iman ketika berjauhan dengan keluarga.

Kenalnya Iman pada lelaki itu kerana dia merupakan peserta aktif dalam dakwah di situ. Memang lelaki itu baik, mana tidaknya dialah imam di surau, dialah mengetuai majlis ta'lim, dialah yang menganjurkan aktiviti-aktiviti di surau untuk menarik hati peserta untuk ke surau. Hati Iman terjentik pada kebaikan yang dia lakukan.

"Siapa nama awak?", dia mula bertanyakan Iman ketika dalam satu aktiviti kumpulan. Iman hanya menghulurkan sebuah buku pada dia yang tertulis namanya di situ.

"Nama awak seperti awak", dia memulakan bicara. Iman hanya tersenyum ketika itu.

"Nama saya Hafiz Ad-Din, panggil saje Hafiz. Awak memang tak banyak bercakap ker?"

"Bukanlah, saya memang macam ni, saya tak kenal awak, buat ape saya nak cakap dengan awak." Iman berkata jujur. Memang Iman begitu, hanya bercakap apabila perlu sahaja. Tetapi apabila Iman bersuara, semuanya kaku mendengar bicaranya.

Pada saat itulah Iman mula mengenali insan bernama Hafiz. Iman mungkin menganggap dia sebagai sahabat, tapi Hafiz cuba mencuri hati Iman. Hafiz tahu sukarnya dia mendekati insan yang bernama Nurul Iman.

Ketika hari terakhir di kem itu, Iman mula merasai niat Hafiz pada dirinya. Iman mula merasa serba salah tentang perasaan itu. Dia sendiri pun tidak memahami perasaan hatinya ketika itu. Iman menulis sepucuk surat pada Hafiz. Dalam surat itu pena Iman menulis..

Salam sahabat,
Jodoh itu satu ketentuan dari Ilahi,
Usahlah awak bimbang dengan ketentuan itu,
Andainya saya milik awak, saya tetap milik awak suatu hari nanti,
Tapi andainya saya bukan untuk awak..
Ingat, ketentuan Allah itu terselit sejuta hikmah,
Yang lebih baik itu sedang menanti awak..
Syukran atas persahabatan ini =)

~Nurul Iman Abd Majid~

Iman menghulurkan surat itu pada dia dengan seribu harapan yang tercipta agar dia mengerti isi hatinya.

''Terima kasih, jaga diri baik-baik. Kalau rindu, tengok bulan," Hafiz hanya melihat wajah lembut Iman. Baginya Iman adalah segalanya. Dia tekad mahu menjadikan Iman zaujahnya satu hari nanti.

Iman tidak mampu berkata-kata. Iman tidak faham akan perasaannya. Adakah hatinya sudah mencintai dia.........

Sekarang sudah dua tahun dia mengenali haffiz. Walaupun masing-masing berada di jalan juang yang berbeza tetapi Iman dan Haffiz kerap berhubungan melalui telefon. Iman mula menerima cinta Haffiz dengan harapan dialah zaujun dia suatu hari nanti. Iman bukan tidak tahu cinta sebelum nikah ini lebih lebih menjerumuskan kepada zina. Itulah Iman, sentiasa kalah pada mujahadah nafsu.

Kadang-kadang dia cuba mengelak dari menjawab panggilan dan SMS daripada Haffiz. Iman juga cuba terangkan kepada Haffiz perhubungan yang disyariatkan dalam Islam. Iman kaku kerana dia tahu dia banyak melukakan hati Haffiz secara tidak langsung.

"Seorang lelaki yang baik, dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai itu bersama-sama melakukan dosa". Iman terpaku mendengar ceramah ''Manisnya Cinta selepas Nikah".

Jikalau benar Haffiz itu mencintai dirinya, kenapa dia tidak pernah terfikir perhubungan seperti ini akan banyak mengundang dosa. Iman tidak mahu baitul muslim yang dibina atas perhubungan yang tidak diredhai.

Iman tidak pernah putus berdoa andainya Haffiz itu terbaik untuk dirinya dunia dan akhirat, Iman memohon petunjuk daripada Allah. Tetapi seandainya dia bukan jodohnya, Iman memohon agar Allah memberi petunjuk untuk menjauhkan diri dari dia tanpa melukakan hatinya.

Cinta Memakan Hati Iman

Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi. Hidup sebagai pelajar siswazah memang tidak lari dari tugasan-tugasan yang melambak. Iman nekad pada dirinya, perjuangan dalam menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Sebab itu Iman mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pada waktunya walaupun begitu banyak amanah yang terpikul di bahunya. Iman memang bijak meletakkan kewajipan pada tempatnya. Iman tidak mahu orang berkata, orang itu hebat dalam berdakwah, tapi dalam kelas pun tidur.

Mata Iman sudah mula mengantuk, dia menutup laptopnya dan mengemas semua buku-buku sebelum tidur. Iman ke tandas untuk menggosok gigi dan mengambil wudhu'. Sekembalinya dia ke bilik, dia melihat skrin handpnone menyala. Dia melihat satu panggilan tidak dijawab.

Iman pelik kenapa dia menelefon pada waktu begini. Hati Iman mula sedih, kenapa dia tegar menelefon pada waktu sebegini. Iman memandang jam hampir pukul 2 pagi. Iman mula merasakan hatinya semakin jauh. Iman cuba menjaga perhubungan itu tetapi kenapa dia langsung tidak mengerti.. aduhai awak..

Bunyi jam loceng mengejutkan Iman. Iman bangun untuk menunaikan solat malam. Hatinya lebih tenang. Memang benar, bila mengingati Allah hati kita menjadi tenang. Disaat itu Iman mengadu segala masalah kepada Sang Pencipta. Iman menangis semahunya ketika dahi bertemu sejadah cinta.

Iman bersiap untuk ke kuliah seperti biasa. Iman kelihatan bersemangat hari itu. Jam menunjukkan pukul 7.20pagi. Iman mengambil sekeping roti yang disapu dengan jem sebagai pengalas perut. Tiba-tiba handphone Iman berbunyi. Melihat di skrin telefon itu "Haffiz is calling....."

Iman menjawab panggilan telefon itu.

"assalamualaikum Iman, apa khabar? Ada satu perkara saya nak bagitahu awak.." Haffiz memulakan bicara.

"waalaikumussalam, Alhamdulillah, saya ok jer. Hmm..ada ape? Maaf, semalam saya dah tido," Iman menjawab dengan bersahaja. Dalam hatinya memohon istighfar kerana menipu pada waktu itu.

"maaf mengganggu awak, saya nak bagitau awak yang saya tak boleh tidur semalam. Saya sakit, saya takut. Saya nak mintak maaf kat awak." Kedengaran suara Haffiz yang seperti tersedu sedan.

"syafakallah, ye ke..maafkan saya. Saya tak tahu. Tapi kenapa nak mintak maaf kat saya?"

"saya bersalah kat awak. Saya tipu awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Saya berhubungan dengan orang lain. Saya tak tahu kenapa saya terima dia dulu sedangkan saya dah ada awak. Saya takut saya mati nanti saya tak sempat nak mintak maaf kat awak."

Hati Iman mula meronta-ronta.. hatinya bagaikan dicarik-carik. Iman tidak akan menitiskan air mata dihadapan lelaki.

"Iman, saya sayangkan awak. Saya mengimpikan awak menjadi zaujah saya satu hari nanti. Sebab tu saya taknak bagitahu awak..tapi saya tahu awak tak suka kan saya. Saya budak jahat.. tak sesuai dengan orang baik macam awak."

"saya tak tahu nak cakap apa lagi, semua dah terjawab. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak menjaga hubungan awak dengan dia."

"Mesti awak tak sedih, sebab awak memang tak sayangkan saya. Saya terima semua tu. Tapi saya nak awak tahu saya tetap mengharapkan awak".

Hati Iman berkata, "saya dah mula sayangkan awak......"

Iman tidak tahan lagi, dia berlari ke tandas, tumpasnya air mata seorang mujahidah kerana seorang lelaki.......... Iman tewas.

"Iman, jangan biarkan air mata tu menitis lagi." Solehah menyapa Iman dari belakang mengejutkan Iman dari lamunan di tepi padang. Memang sudah lama Iman berada di situ. Seusai solat Asar di masjid tadi, Iman terus turun ke padang. Tempatnya mencari ilham sumber kekuatan diri.

"Solehah, Iman rasa berdosa sangat, Iman tewas..Iman tewas.. tewas pada nafsu sendiri. Kenapa Iman boleh menangis kerana seorang lelaki. Teruk lagi, Iman ditipu lelaki. Iman bodoh sangat.."

"Iman, muslimah yang sejati takkan sekali-kali mengalah. Ini tarbiyah dari Allah untuk Iman. Masa nie lah Iman dapat memperbaiki diri dengan memandang masa lampau itu sebagai tiket untuk Iman berubah."

Solehah sahabat Iman sejak mereka asasi lagi. Segala masalah mereka berkongsi bersama. Sebelum ini Solehah selalu menasihatkan Iman meninggalkan Haffiz. Tapi Iman meyakinkan Solehah yang dia mampu menjaga perhubungan itu. Hebatnya persahabatan mereka. Solehah tidak pernah meninggalkan Iman walaupun dia tahu kemenangan pada pihaknya. Bahkan Solehah turut menyelami kesedihan yang Iman rasa.

"terima kasih awak sebab jadi sahabat saya," Iman memeluk Solehah tanda dia terlalu menyayangi sahabatnya seikhlas hati.

Hati Iman berasa sangat bersyukur kerana disebalik hikmah kejadian yang berlaku, rupanya itulah jawapan untuk doanya selama ini. Jawapan yang Allah berikan itu, banyak mengubah Iman. Subhanallah, percaturan Allah memang hebat!! Iman sujud syukur atas hikmat tarbiyah yang diterima.



Iman meneruskan perjuangannya

"Asif, ana tidak setuju kalau enta buat keputusan untuk menggunakan peraturan mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertudung labuh." Iman tegas bersuara dalam mesyuarat pimpinan dakwah. Keadaan kolej mereka yang semakin lama semakin teruk permasalahan sosial disitu. Masalah ini meyebabkan semua orang memandang kepada pimpinan dakwah untuk mencari punca penyelesaian.

"Kalo begitu apa yang jalan yang terbaik enti fikirkan?" soal Mujahid kepada Iman setelah pandangannya ditolak mentah-mentah oleh Iman.

Siapa tidak kenal Mujahid di Kolej itu. Memegang taklifan sebagai presiden dakwah dan seorang dalam ilmu agamanya. Kalo dalam mesyuarat, Iman dan Mujahid sering sahaja berbeza pendapat. Apa tidaknya Mujahid sering menggunakan kekerasan menyebabkan Iman kurang setuju dengan Mujahid.

"Ana cadangkan kita membuat liqo' kubro bersama semua nuqaba' sebab bagi ana usrah itu memainkan peranan yang amat penting dalam masalah ini. cuba enta lihat, usrah di sini semakin hambar. Ramai yang tidak melaksanakan usrah. Jadi, ana nak kita perkasakan usrah semula. Tarbiyah perlu ditanam dalam diri setiap nuqaba'." Iman memandang setiap pimpinan dengan harapan mereka memahami.

Maisarah mengangkat tangan untuk memberi pendapat. Mujahid hanya mengangguk untuk membenarkan Maisarah bersuara.

" Ana lihat sekarang kita hanya memikirkan dakwah umum sahaja. Banyak program yang kita laksanakan sebelum ini, Nampak besar tapi tidak memberi tarbiyah yang khusus pada nuqaba' sendiri. Lagipun kita hanya melaksanakan program-program tradisi yang mana senior-senior kita lakukan. Apa kata sekarang kita perkukuhkan tarbiyah pada nuqaba' sahaja. Maksud ana kita melaksanakan program-program yang biasa sahaja tetapi berterusan dan istiqamah. "

"Betul tu, kita menjadikan program yang biasa itu luar biasa," Iman mencelah.

Hampir dua jam mereka bermesyuarat. Memikirkan masalah ummat memang memerlukan yang lama untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebab itu Islam menganjurkan syura. Syura itu sunnah dan banyak barakah yang terkandung di dalamnya tetapi seadainya disalahgunakan ia boleh mengundang dosa.

"Kak Iman memang hebat memberi idea, kami pun nak jadi macam akak," Anis bersuara sewaktu pulang bersama-sama.

"akak tak hebat, akak banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Dalam perjuangan ini, kita harus kental dan kuat. Muslimah ada hak untuk bersuara tetapi ada batas-batasnya. Akak nak jadi seperti Khaulah Al-Azwar yang hebat pergi berperang bersama-sama sahabat Rasulullah." Iman menarik nafas mengenangkan dosa-dosa yang menyelimuti dirinya.

Hati Iman berbicara, "wahai adik-adikku, akak pernah tewas.."

Masa terus berlalu. Iman semakin matang dalam hidupnya. Meniti hidup ini perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa rencana Allah kepada kita. Rencana untuk menguji hambaNya.

Setelah selesai solat zohor di masjid, Iman mendengar ta'lim daripada iman solat zohor tadi. Sejuk hati mendengar ta'lim berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid. Banyak fadhilatnya bagi mereka yang berjemaah. Sesuangguhnya semua ini adalah hidayah dari Allah. Iman bersyukur dengan hidayah Allah kurniakan kepada dia selama hari ini.

Iman mengenali suara yang memberi ta'lim hari itu. Siapa lagi kalau bukan Mujahid Al Firdaus. Di dalam kelas, mereka tidak pernah bersuara melainkan dalam mesyuarat sahaja kerana masing-masing memegang taklifan. Itulah Mujahid, berbeza di dalam kelas dan di dalam mesyuarat. Di dalam kelas Mujahid banyak berdiam diri dan menghabiskan masanya dengan membaca buku dan melayari internet.. Iman tidak nafikan kehebatan Mujahid... Dia memang hebat..

"Kalo jodoh Iman dengan Mujahid macam mana?" soal Solehah ketika kami selesai menunaikan solat Dhuha bersama.

"Ish, mana ada Solehah. Nie mesti tepengaruh dengan gossip liar kan. Saya mana layak Solehah. Awak pun tahun saya ni bukan perempuan baik."

"Iman, jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin Iman tidak dengan dia tapi Allah menggantikan Mujahid untuk awak yang jauh lebih baik." Solehah tersenyum melihat wajah lembut Iman. Muslimah ini terlalu istimewa di mata Solehah. Kelembutan wajahnya memang menggambarkan kelembutan hatinya. Solehah amat mengenali isi hati sahabatnya itu.

"Dah Solehah. Saya serahkan jodoh saya seratus peratus pada Ilahi. Ikhlas saya cakap, hati saya dah tertutup untuk mana-mana lelaki." Iman menegaskan pendiriannya. Dia merasakan dirinya terlalu kotor mengenangkan dosa-dosa yang lampau.

Iman berdoa agar Allah tidak menguji hatinya lagi. Dia mengakui kehebatan mujahid tetapi mujahid belum dapat memenangi hati Iman. Iman bersyukur kerana Allah memegang hatinya. Bagi Iman cinta Ilahi itu cinta adalah segala-galanya.

Hidup Iman di kampus banyak dihabiskan dengan belajar, usrah dan persatuan. Di hujung minggu pula masa Iman terisi dengan daurah-daurah dan program pengisian rohani. Rupanya selama ini hati yang kosong itu dahagakan ilmu dan santapan rohani. Iman tidak pernah mengeluh hidupnya seperti tiada masa untuk berehat. Ya, seorang mujahidah memang tiada masa untuk berpangku tangan. Iman menggelarkan dirinya sebagai Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Dia tekad..

Iman sangat takut pada kalam Allah yang menjanjikan kemurkaan yang amat besar bagi mereka yang perkatakan apa yang mereka tidak lakukan. Sebab itu Iman lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Meraih syurga Allah itu terlalu sukar, memerlukan pengorbanan yang lebih. Iman mengimpikan syahidah di jalan Allah...

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

Tett..tett.tett... mesej handphone Iman berbunyi..

Salam, awak apa khabar? Saya rindukan awak. Saya tetap menanti awak. Andainya awak mengerti isi hati saya... maafkan saya mengganggu awak..

~Haffiz ad Din~

Iman cepat-cepat memadamkan mesej itu dari Inbox mesejnya. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada hambaMu ini. Maaf Haffiz, Nurul Iman hari ini bukan seperti Nurul Iman yang awak kenal. Wahai hati, janganlah engkau menyerah diri lagi.

Iman membuka laptopnya. Pada mulanya dia ingin meng 'update' blog kesayangannya. Tapi tiba-tiba moodnya hilang. Dia membuka bacaan surah Al-Imran. Mendengar alunan kalam Allah membuat hatinya tenang.

Malam itu Iman keseorangan, roommate Iman pulang ke kampung. Kadang-kadang Iman cemburu dengan rakan biliknya setiap minggu pulang ke kampung. Apa tidaknya, Negeri Sembilan dengan Selangor tidak ada jauhnya pun. Keluarga Iman di Terengganu. Kalau cuti panjang baru lah Iman pulang ke kampong.

Siapa tidak rindu untuk balik ke kampung. Mengenangkan ayah bonda di kampung membuatkan Iman besemangat nak belajar. Pengorbanan ibu ayahnya tiada tandingnya. Iman bukanlah asal dari keluarga yang senang.Tetapi kesenangan itu tidak menjamin kebahagiaan andai jauh dengan Allah.



"Maaf Iman, itu buku saya,"

"Oh ye ke, maafkan saya. Saya ingat buku untuk dipinjam. Bagus sangat buku ni.terima kasih ea."

"xpe, maafkan saya. Sebenarnya semalam saya tertinggal buku ni di sini." Boleh saya nak buku tu, sebenarnya senior yang punya."

"ok, maafkan saya." Iman menghulurkan buku itu kepada Ameer Mukhlis.



Iman kenal dia disebabkan mereka satu batch. Ameer mukhlis hanya seorang pelajar yang biasa saja. Dia bukan pelajar kos agama tetapi penampilan dia seperti seorang ustaz. Mungkin itu keistimewaan ameer. Ameer pernah bersuara mengatakan pelajar-pelajar kos agama tidak menunjukkan tingkah laku sebagai budak agama. Ya, dia memang berani..

Iman sering mendengar kisah Ameer melalui sahabat-sahabatnya yang tidak berpuas hati dengan dia. Iman memang tidak suka melayan perkara yang remeh-temeh seperti ini. Bagi Iman mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Ameer. Iman akui zon selesa yang mereka berada sekarang.

Iman pun hairan melihat sahabat-sahabat kos agamanya yang perwatakan seperti bukan budak-budak kos agama. Diorang sering menggunakan alasan, cara mereka itu adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang bukan kos agama. Tapi Iman hairan, kalau mahu berdakwah sekalipun kenapa perlu sampai hendak pergi solat berjemaah di masjid pun susah.

Lebih mengaibkan budak-budak bukan kos agama yang mengajak mereka. Itu yang Iman kesal dengan sesetengah dengan sahabat mereka.



"Kak Iman, tunggu kejap." Suara Anis memanggil Iman dari belakang.

"Ye Anis, ada apa?" Iman tersenyum melihat Anis yang tercungap-cungap seperti tergesa-gesa.

"Satu kolej anis cari akak, tak jumpa. Rupanya akak di perpustakaan. Akak off handphone ea."

"Ya Allah, ye ke. Maafkan akak. Handphone akak tak de bateri. Kenapa ni Anis?"

"Anis Cuma nak serahkan senarai nama naqib dan naqibah baru. Anis dah taip semula nama, kos dan nombor telefon diorang. Muslimin dan muslimat ada sekali. Jadi, Anis nak mintak akak tolong bagikan yang senarai muslimin kepada akh Mujahid ea. Lagipun akak sekelas dengan dia." Anis tersenyum sinis kepada Iman.

"tak pe, nanti akak bagi kat dia, lagipun lagi setengah jam akak ada kelas.Terima kasih ea Anis." Iman membalas senyuman Anis walaupun dia tahu isi tersirat disebalik senyuman Anis.



Iman meletakkan buku "Siapa Dia Dihatimu" oleh Ust Pahrol. Dia memang penggemar buku Ustaz Pahrol. Bagi Iman, setiap bicara Ustaz Pahrol dalam bukunya seperti berbicara dengan isi hatinya. Iman memang begitu. Sering mengaitkan dengan sesuatu. Iman teringat sewaktu mesyuarat pimpinan dakwah petang tadi. Dia tidak mengerti kenapa hatinya tersentuh ketika nama itu disebut.

"Ana nak maklumkan dua orang bakal naqib terpaksa dibuang kerana mereka tak bersedia untuk menerima amanah ini. Mereka itu ialah Muhammad Muaz dan Ameer Mukhlis. Ana sudah bertemu dengan mereka dan mereka betul-betul tolak sebab mereka rasa mereka belum layak lagi." Mujahid menerangkan kepada pimpinan semua.

Iman hanya terdiam mendengar penerangan Mujahid. Iman hairan kenapa hatinya berubah ketika nama Ameer Mukhlis disebut oleh Mujahid. Cepat-cepat Iman memohon istighfar.



"Iman, jauh termenung.. dah pecah tembok cina tuh.."Farah cuba mengejutkan Iman dari lamunan.

"Astaghfirullah.. lain kali bagilah salam dulu..nasib baik saya ni tak de sakit jantung kronik." Iman menunjukkan muka geram kepada rakan biliknya yang suka mengusik itu.

"Nurul Iman, saya ni roommate awak. Dari tadi saya duduk kat meja saya tuh. Ni mesti tengah mengelamun pasal Mujahid kan..oppss.. terlepas sudah..hahaha." Farah ketawa dan Iman terus mencubit manja pipi sahabatnya itu.

" Yelah, yelah.. taknak buat dah. Bukan mujahid tapi Mak Jah jual kuih kat café tu kan.." farah cuba berdalih walaupun memang dia suka sangat melihat telatah Iman kalau nama Mujahid disebut.

"Ha'ah, rindu kat karipap Mak Jah.." Iman mencebik mulut kepada Farah.

"Maaf wahai Puteri Nurul Iman. Ana mahu pinjam mouse lah. Entah kenapa mouse tiba-tiba tak boleh guna."

"laa ye ke.. kenapa tak habaq dari tadi. Ambil lah dalam beg laptop atas katil tue." Iman menunjukkan beg laptopnya itu.

"Ok, syukran Iman. Luv u bebeh." Farah memeluk Iman sekuat hatinya.

"Yelah, yelah, saya pun sayangkan awak dunia akhirat. Awak roommate yang terbaik!!" Iman membalas pelukan Farah dan mencubit pipi gebu Farah.



Apa kesudahan Iman

Sekarang Iman sudah berada di semester terakhir. Iman sudah bertambah matang dengan usianya yang sudah menjangkau 23 tahun. Iman telah menolak lamaran Mujahid setahun lepas. Bagi Iman jawapan istikharahnya bukan Mujahid tetapi orang lain. Iman tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang isi hatinya.

Hampir dua tahun lebih Iman memendam perasaannya itu. Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah dia mengetahui...

Keyakinan Iman kepada Allah terlalu tinggi kerana baginya Allah itu sentiasa dihatinya dan hanya Allah sahaja yang layak menentukan siapa pemilik cintanya. Setiap kali berdoa, dia sering berdoa, Ya Allah, seandainya Ameer Mukhlis itu terbaik untuk dirinya dan memberi kebaikan di dunia dan di akhirat, Engkau berilah aku petunjukMu.

Tetapi seandainya Ameer Mukhlis itu bukan yang terbaik, tidak memberi sebarang kebaikan di dunia dan diakhirat, Engkau jauhilah hatinya dan hatiku. Engkau jadilah aku redha menerima ketentuanMu..

Iman tahu di usia sebegini, dia perlu memikirkan soal jodoh. Sahabat-sahabatnya juga ramai yang sudah mendirikan baitul muslim. Iman pernah juga bertanyakan sahabat-sahabat tentang Ameer Mukhlis sudah berpunya atau belum. Ramai yang berkata dia sudah berpunya. Iman tidak tahu kenapa perasaan hatinya kepada Ameer Mukhlis begitu kuat sehinggakan langsung tidak pudar perasaannnya walaupun ramai yang berkata sedemikian. Mungkinkah ini kesannya jika mencintai dalam diam. Iman redha andai itu bukan untuk dirinya.

Setelah mengaminkan doa seusai solat dhuha, tiba-tiba handphone Iman berbunyi..

"Assalamualaikum, Iman apa khabar?" Suara Kak Mariam menyapa Iman dalam telefon.

"Waalaikumussalam, Alhamdulillah..baru je baik daripada demam. Akak sihat? Sejak-sejak akak dah berumah tangga nie, jarang dah kita berhubung.." Iman menunjukkan kesedihan pada Kak Mariam yang baru bergelar zaujah kepada Muaz, rakan sekelas Iman.

Kak Mariam seorang muslimat yang berani. Iman yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat kak Mariam kepada Muaz. Walaupun Kak Mariam tua setahun daripada Muaz, tetapi usia tidak menjadi penghalang seperti mana cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Tidak sangka, Muaz juga menaruh harapan kepada kak Mariam. Selama ini mereka hanya memendam rasa. Hikmah daripada Allah itu terlalu indah.

"Alhamdulillah, akak sihat walafiat. Biasalah Iman, bila sudah bergelar isteri. Tanggunggjawab itu besar sangat. Sebagai isteri dan sebagai seorang da'ieah. Tapi Alhamdulillah, zaujun akak satu fikrah dengan akak. Memudahkan misi dakwah kami. Hmm.. akak ada hajat besar untuk Iman ni.." kak Mariam menyatakan hajatnya kepada Iman.

"Iman pun mengharapkan zaujun satu fikrah dengan Iman. Mungkin Allah tahu Iman belum lagi bersedia menjadi zaujah solehah. Sebab tu, Iman belum lagi menemui pemilik cinta untuk menemani sepanjang perjuangan nie. Akak nak bagitahu hajat apa?" Iman meluahkan isi hatinya kepada Kak Mariam.

" Seorang ikhwah ingin khitbah Iman. Dia menyatakan hasratnya kepada zaujun akak. Akak rasa Iman pun kenal dia."

Hati Iman kelu mendengar. Adakah doanya tadi telah terjawab..

"Siapa akak?" Iman ingin mengetahui siapa gerangannya itu.

"Maaf Iman, dia tidak benarkan akak memberitahu siapa dirinya. Tapi dia nak maklumkan kepada Iman yang minggu depan dia akan pergi ke kampung Iman untuk menghantar rombongan meminang." Kak Mariam menjelaskan kepada Iman hasrat ikhwah tersebut.

"Baiklah, Iman terima dia pergi meminang Iman minggu depan." Iman sendiri tidak tahu kenapa dia yakin dengan lamaran itu.

"Iman jangan risau, dia satu fikrah dengan kita. Insya Allah, akak melihat dia sesuai dengan Iman."

"Insya Allah akak. Iman mengharapkan begitu juga." Hati Iman masih lagi tertanya-tanya siapa dirinya. Mungkinkah.....

http://www.emocutez.com

.article iluvislam.

abaikan...

terkilan.
dari dulu hingga sekarang.

http://www.emocutez.com

susah sgt ke org nak caye tyme sy x brpa nk sihat?
ingat sy maen2 ke kalo sy ckp sy x sihat?
oke.sy admit lah,muka sy TER lebih sihat.
kalo sakit sgt2 pon,muka cam sakit sikit2 jep.
alhamdulillah,mgkin ad hikmah nya.
tp kalo sy ckp sy sakit tu,jgn lah bt muka plak.
wpon sy blh senyum,tp lam hati sy,sy terkilan gak.
never mind.mgkin kalo dtakdirkan sy sakit lg [nauzubillah]
blh lah sy nmpk sihat.sy pon xyah sedih tgok org yg syg sy risau.
baru lega..simpan sorang2 dah lah.org laen pon xtau.
sy sakit ke sy sihat ke.senang citer.xyah kecoh2.
mereka pon gembira..

http://www.emocutez.com


kecewa...

saya btol2 kecewa.
bkn sbb cinta.
tp sbb lab organik batal lg hri nie.
dah 3 mgu tmasuk mgu ni,lab xde.
asyik ngan lab tak organik jep tiap2 mgu.
bru semangat nak start exp.
tup2 pbntu lab dtg ckp,kene cancel.
sbb air dlm lab xde.
so xley nak run exp yg prlu guna air sinki.
isk3..sedey...
http://www.emocutez.com


p/s : ngade2.bila both lab ad,mula la xckup masa nak buat lab report.hehe :p


Apakah maksud "SALAM"...

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
السلاما=keamanan.....

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Sekian, semoga ada manfaatnya.

p/s : sharing is caring..

Di Sebalik Pesan Taqwa...

بسم الله الرحمن الرحيم

Taqwa sangat penting. Ia dijadikan 1 pesanan yang wajib diperdengarkan oleh khatib apabila berkhutbah. Seorang lelaki yang berumur 45 tahun akan mendengar sekurang-kurang nya 1560 kali pesan taqwa dalam hidupnya jika dia tidak pernah meninggalkan solat Jumaat bermula dia berumur 15 tahun. Dan perkataan taqwa kepada Allah disebut sebanyak 272 kali di dalam al-Quran.

Taqwa inilah yang diwasiatkan oleh Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s :

"Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itulah sebahagiaan daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah al-A'raf 7:26)

Taqwa menurut al Quran ialah bakti dan tunduk berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :

"Wahai sekalian orang beriman berbaktilah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bakti." (Surah Ali 'Imran 3:102)

Taqwa juga ialah membersih hati daripada dosa menurut firman Allah swt yang bermaksud :

"Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah serta bertaqwa kepadaNya, maka mereka ialah orang yang beruntung." (Surah an-Nur 24:25)

Jadi kesimpulan ringkas dalam maksud taqwa menurut alQuran ialah taat, takut juga membersihkan hati daripada sebarang kederhakaan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Hendaklah kamu bertaqwa sebab ia adalah kumpulan segala kebaikan, dan hendaklah engkau berjihad kerana ia sikap kependetaan seorang Muslim, dan hendaklah engkau selalu berzikir menyebut nama Allah kerana ia cahaya bagimu." (Riwayat Ibn Daris daripada Abu Sa'id al-Khudri)

Taqwa dari segi bahasa bermaksud pemeliharaan, penjagaan atau perlindungan. Ertinya, taqwa itu rasa dalam hati yang memelihara dirinya daripada melakukan dosa-dosa besar atau kecil yang boleh memudaratkan agama. Imam al-Ghazali telah membahagikan taqwa kepada dua bahagian.
  1. Taqwa fardhu iaitu istiqamah dan taat menjaga diri daripada melakukan perkara yang haram.
  2. Taqwa adab iaitu menahan diri daripada berlebih-lebihan dengan perkara yang halal kerana takut dihisab dan malu kepada Allah pada hari kiamat kelak.
Menurut para ulama, tingkatan taqwa itu ada tiga :
  1. Membersihkan diri daripada syirik
  2. Membersihkan diri daripada dosa besar
  3. Menjauhi dosa - dosa kecil
Antara kelebihan taqwa yang dipetik dari al-Quran :
  1. Bantuan dan perlindungan Allah - Firman Allah swt yang bermaksud : "Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang yang bertaqwa." (Surah al-Jathiyah 45:19)
  2. Penyelesaian masalah dan rezeki - Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup dan akan memberi rezeki dari mana sumbernya yang tidak disangka - sangka." (Surah al-Talaq 65:2-3)
  3. Dipermudahkan urusan - Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusannya." (Surah al-Baqarah 2:282)
  4. Diselamatkan daripada tipu daya musuh - Firman Allah swt yang bermaksud : "Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu." (Surah Ali 'Imran 3:120)
  5. Dikurniakan keberkatan hidup - Firman Allah swt yang bermaksud : "Jika penduduk sesuatu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi." (Surah al A'raf 7:96)

p/s : sedikit perkongsian ilmu pagi2 untuk diriku jua..

sumber asal : Majalah Solusi Isu No. 27.


Ya Allah,Aku Jatuh Cinta...


Buku nie mberi bacaan alternatif utk remaja ttg pbahasan yg plg disukai iaitu cinta. Agar cinta tak disalahfahamkan mjadi medan menebar pesona dan mbuat dosa. Buku nie blh bg remaja melihat cinta secara lbh bmatlamat dan tdk salah langkah dalam menilai erti cinta.

Ada 4 inti pati yg blh d dapati dlm buku nie :
  1. peringkat2 cinta dalam Islam iaitu tatayyum,'isyq, syauq, 'ithf dan intifa'.
  2. cinta dr sudut psikologi - cinta kerana nafsu, cinta pragmatis dan cinta altruistik.
  3. kenal hormon2 jatuh cinta - feromon, oksitoksin, vasopresin, dopamina dan neuropineferin.
  4. mjwab psoalan yg sering diutarakan, "boleh ke jatuh cinta?" mnurut perspektif islam.
Teguklah madu2 cinta blandaskan syariat islam. Jadikanlah hati2 yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurangkan cinta pada Mu ya Rabbi...


p/s : whoaaa..ttarik nak cari buku nie..nak baca..tp masalah lah,xde masa nak g beli....isk3..ad sape2 nak belanja x? hrga dia rm14.90..murah jep..kalo beli top4 pon ad duit,,ni beli buku...tmbah ilmu tau...hehe,,xpon ad x sape2 nak tolong belikan pon xkisah lah..sy bayar balik...plz3 ^___^

hmmm...

http://www.emocutez.com

Hati yang sedar...

Ya Allah,
kurniakan kepadaku hati seperti ini...
  1. Hati yang bersih
Firman Allah,maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." [surah al-Syams 91:9]

2. Hati yang lurus

Firman Allah maksudnya: (mereka berdoa dengan berkata):"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya." [surah Ali Imran 3:8]

dan Kau pelihara daripadaku hati ini...

Hati yang Terhijab (tertutup)

Firman Allah maksudnya : "Dan di antara mereka ada yang memperdengarkan kepada mu (al Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." [surah al-An'am 6:25]

amin...



hati..

Dua bilah kayu disatukan dengan paku.
Dua ketul bata disatukan dengan simen.
Dua tangan disatukan dengan salam.
Dua psg mata disatukan dengan pandangan.
Dua hati di satukan dengan apa?

Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
*smile*


alhamdulillah.
suke,,suke..
^___^

http://www.emocutez.com




Titipan Buat Wanita...

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak,tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

artikel iluvislam.

weekend...

kurang sihat tak bmakna kena duk rehat ats katil jep.
cari la aktiviti yg blh buat kita lupa sakit kita.
hehehe.pandai2 je kan.
itulah yg saya buat.
pagi semalam pg prog 'walk 4 life'.
ada senamrobik,jalan2 sekitar kampus ngan tNC,demo renang,bola sepak,
ujian kcergasan,macam2 lah.

[ walk 4 life : hani,gma,izzah,me,nat ]

pastu hari ni,outing ng kwn g bndr kT.
ada nak beli barang sket.
dan saya ada teman baru!
comel.putih.chubby2 sket.hehe.

[ da dpt name : mario...nik sy bagi :) ]


Gila Dalam Setia...

| Jurnal 3 |

Di pulau sepi..

Rutinku masih sama, setiap kali siang datang, aku menanti di gigi air. Setiap kali malam menjelma, aku terbaring di bawah langit. Siang dan malam berganti, aku terus menanti. Aku tidak punya jam di tangan, juga tidak punya kalendar di sisi.

Rambutku sudah panjang, gondrong di belakang dan berjuntai di depan. Seingat aku sudah lebih tiga purnama berlalu. Barangkali sudah sejuta saat berlalu atau sejuta detik. Mungkin sudah seratus hari atau seratus malam. Aku hilang perkiraan. Yang penting, aku masih bernafas. Tiada apa yang pasti dalam ingatanku kecuali sebuah janji. Janji untuk terus mengingatinya.

+Siapa dia yang mahu dikenang itu? Siapakah dia yang ingin aku ikat ketat di penjuru hati?

-Dia itu seorang yang hadir bersama harapan. Mahu bersama, mahu duduk di sisiku selamanya.

+Apakah yang membuatakan aku menganggapnya istimewa? Sehingga sanggup menyimpan janji yang tidak mungkin dikotakan?

-Tidak, itu bukan janji kosong. Dia istimewa di sisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Aku tidak sekacak Yusuf dan dia bukan secantik Zulaikha. Bukan kerana dia seorang puteri. Tiada kaitan dengannya, tetapi adalah disebabkan diriku. Aku yang menganggapnya istimewa, aku yang menyukainya.

+Hanya begitu sahaja? Tanpa ada sebab yang munasabah?

-Ya! Hanya kerana aku semata-mata menyukainya. Cinta tidak memerlukan asbab.

+Jadi bagaimana dengan penantianku di pulau ini? Apabila aku sudah menaiki sampan lain, barangkali buah-buah kenangan ini akan hilang. Tidak muncul lagi.

-Itu rahsia hidupku. Aku mungkin berlayar ke pulau lain. Tetapi kisahku di pulau sepi ini tidak akan dilupakan. Kenangan itu akan hadir dalam degup jantungku. Ia akan terhenti dengan terputusnya nafasku.

+Bererti mahu menyimpannya? Mahu terus mengenangnya?

-Ya,aku mahu terus menyimpannya. Setiap kenangan, setiap bicara, setiap kisah dan setiap detik. Kerana itulah janji kami.

+Jadi janji itu akan dikotakan?

-Pasti! Pasti akan dikotakan. Walaupun terpaksa menaiki sampan lain. Biarpun hidup di pulau lain. Tetapi, janji itu akan kubawa bersama. Sampai ke mati.

+Itukah yang dinamakan setia? Atau suatu kegilaan?

-Dua-dua..Gila dalam setia..

degil lagi.

da tahu diri tu x sihat mane.
gatal jugak nak join program.
g festival la.g walk 4 life la.
mlm ni nk g santai seni plak ye?
esok? ada ap lagi?
nty mula la mlarat.
wani...wani...
degil.
http://www.emocutez.com




doktor..

td g pusat kesihatan u.
jumpa doktor.
wawawawawa.
ayat doktor tu mnakotkan lah.
aishh.
kena rjin mkn ubat lah nie ye.
hmm...
baeklah.

Arca Di Jiwa...

| Jurnal 2 |

Wahai pulau sepi…aku kembali lagi…

Di pulau ini, aku mencari buah – buah kenangan. Daripada celah pohonan, kupetik dan kuusap. Kutelan ia mengisi jasadku daripada mati kekeringan. Sebetulnya buah – buahan itu tidak sukar untuk kucari. Hanya perlu mengingatkan kembali bagaimana ia bermula dan ia akan muncul di antara kedua mataku.

Setiap hari aku akan berdiri di pesisir pulau. Memerhati jika ada sampan yang singgah. Menunggu kapal – kapal yang sudi untuk mengambilku pergi daripada pulau sepi ini. Dalam penantian itu, aku bermain sendirian. Membina istana pasir, melorek sesuatu di atas permukaan pantai sambil menguis – nguis kulit cengkerang.
Sekali sekala aku turun ke gigi air, untuk bersuci dan berwuduk. Kekadang aku berenang di permukaan air, memandang karang di dasar. Melihat anak – anak ikan yang bebas berkejaran. Sehingga menyangka diriku sendiri adalah ikan yang bebas.

Setiap kali malam muncul, bayang – bayang yang menemaniku hilang. Aku bimbang,takut dan merasa sunyi. Tetapi aku teringat janjiku bersama dia. Lalu bintang – bintang di langit bersinar terang. Memberi cahaya untukku. Aku tidak tahu apakah nama bintang – bintang itu. Sama ada di penjuru Timur atau Barat, Utara atau Selatan. Mereka bertaburan di dada langit, sehingga sukar untuk ku susun dalam ingatan.

Entah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa. Entah berapa hari aku tersadai di pulau sepi. Kisah semalam masih segar, sehingga buah – buah kenangan tersembul di kiri kananku. Mendesak aku memetiknya dang mengungkap sesuatu. Aku mencapai punting kayu halus, bergegas ke pinggir pantai.
Kuturut rentak melodi ombak menghempas pantai. Di pasir lembab itu kutulis sesuatu. Kubacakan kalimah demi kalimah.

Kudus hembus sukma menyapa jiwa,
Berjurai kuntuman kejora menembus nostalgia,
Halus warna semalam berubah jingga,
Mulus mngusap – usap mencumbui sejuta figura,
Kabus terang, suram berbalam – balam,
Sejurus kutangkap sesusuk wajah duka.
Dalam impian
Kuhayati sebujur wajah muda,
Asyik kulekuk redup mata bundar,
Kulorek kening lentik mata pedang,
Ku usap – tiup gebu pipi semulus sukma.
Lalu
Sayu kuseru sepotong nama,
Menanti tawa ddan canda bicara,
Lesu kubaca mantera cinta,
Menanti turunnya kasih membuah setia,
Kaku hatiku diam beku di situ,
Kusedar diri ini tidak kumiliki sesiapa,
Hanya mampu mengukir sebuah arca di jiwa.

Aku melempar kayu di tangan dan menatap tulisan itu. Kenapa?
Kenapa dia terlalu kukuh di nubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. Meminta aku rakam saat pertemuan dan perpisahan, serta kisah – kisah di antara keduanya. Dia mahu aku setia, sepertia kesetiaannya padaku. Walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya.

Cintanya meniup layar kecilku hingga terdampar di pulau sepi ini. Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehingga dia memiliki kuasa sebegitu? Mustahil orang yang telah pergi melakukan semua itu!

Aku hairan kenapa kapal – kapal lain tidak singgah ke pulau ini? Adakah mereka tidak melihatnya? Atau sebetulnya pulau sepi ini tidak wujud. Atau pulau ini hanya bayangan ilusi yang dihantar untukku sahaja. Barangkali ada dinding lut sinar yang menghalang penglihatan mereka, yang aku sendiri tidak mampu melihatnya? Tidak mampu merobeknya.

Aku kembali ke tempat tadi. Berbaring sambil memandang bintang di dada langit. Hati mula bercitra dengan monolog sukma sendirian.

+Mencintai dan mengenali tidak sama. Cinta tidak memerlukan sebab. Hanya kerana suka dan kasih, lalu mencintai.

-Bagaimana dengan kenal?

+Untuk kenal memerlukan banyak sebab. Banyak soalan, banyak andaian.

-Seharusnya bagaimana? Adakah aku mengenali atau mencintainya dahulu?

+Diam,aku tidak tahu.


p/s : hati ini menangis..jiwa ini merintih...tapi tiada siapa yang nampak....


Biduk Patah Kemudi..

| Jurnal 1 |

Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu ku namakan ia Pulau Sepi.

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawa ku pergi. Lama aku di situ, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang – bayang tidak berisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat kufahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu.
Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan- lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku. Saraf – saraf di tubuhku hilang rasa, arteri – arteri yang meluru ke jantungku terputus.

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia- siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingati diri tentang masa depan, tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri di sisi insan ada Tuhan. Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Sarfa sarafku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deriaku kembali mencicip rasa. Memaksa aku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu kugagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu.

Biduk patah kemudi tersesat di lautan,
Teringat Tuan Puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidup perlu diteruskan.

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baharu ku tahu, dia sangat istimewa. Walaupun dia Cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya bermukim di lubuk hati. Dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi.


sharing is caring...

alhamdulillah.
dpt brta sahabat di mesir.
sorang tu da smpai m'sia,sorang da ad kat jeddah.
yg laen,insyaAllah slmat jgk.xdpt brta direct dr dorg lg.
hr nie bru rase nk share cket tp bnyk picx famili gathering ritu.
muhabsah 2011.

1| warisan pahlawan resort

2| sekitar sblum btolak n da smpai d resort

3| game : boling dewan [famili]

4| game : kutip getah ngan straw [famili]

5| game : explorace kanak2 ribena

6| game : passing straw 13ahli [campur2]

7| game : kolaj kanak2 bwh 5tahun


8| anak,menantu & cucu MuHabsah ^__^



9| family katojie


10| b4 btolak ke Tasik Kenyir

11| penyampaian hadiah & bgambar

12| Air Terjun Lasir,Tasik Kenyir


sekian ^^,