Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..

renunganku...

jodoh,
pertemuan..
ajal maut..
di tangan DIA..
DIA yg menentukan segalanya..
yg penting,banyak2kan istikharah..
mane tahu,esok kita meninggalkan dunia ni dlu..
sblum sempat capai impian kita..
semoga kita sentiasa dibawah jgaanNYA,amin...



p/s : calling2 sahabat di mesir td,dia ckp insyaAllah sume nya msih di bwh lindunganNYA..alhamdulillah..lega sy dgr khbar itu..smoga sentiasa sejahtera hendakNYA,amin:)


warna kehidupan...

putih = pendiam
biru = jujur
merah = panas baran
hijau = peramah
ungu = comel
pink = nakal
hitam = perangai nakal
coklat = kelakar
kuning = manja sangat
oren = personaliti yg menarik
kelabu = pandai jaga ati kawan
jingga = brutal


bila sy tnya opinion bFF sy,jwpn mreka mcm2..

1. EMOmyra : biru,hijau,ungu
2. nicky-san : putih,biru,hijau
3. natra : kelabu,biru,hijau
4. buzy.marz : ungu,hitam,kuning
5. vF : kuning,biru,hijau
6. special case dlu kala : kuning,hijau

hmm..
mereka tgok saya sbgai seorang yang :

peramah
jujur
manja sangat
pendiam
comel
perangai nakal
pandai jga hati kwn

haha.saya ke tu??
yg sy blh trma yg biru & hijau.
ungu? haha! *malu*
kuning..hmm.mmg kot.
kelabu,pndapat kamoo dear..
hitam..aishh,nakal sgt ke sy..sy baik jela ^^,

tula jwpn mereka.
sy tnya gak yg laen aritu.
kakma n aida.
tp dorg no response.
xde kdit kot.
xpon dah tdo ms tu.
huhu.
jwpn2 dr shabat2 rpt sy.mybe btol itu sy.
sbb sy akan btol2 jd diri sndiri ng mereka.
dgn yg x brpe rpt,mgkin sy x bgtu expose mcm dgn mereka.
mgkin jd sgt pdiam or wateva la.
sbb sy mmg susah nk mulakan pkenalan.
oh,my bad.sorry~

p/s : xde keje..

aku masih dara...

malam ni tgok movie Aku Masih Dara..
hero dia kompem la kan,ashraf muslim yg comell tuu.

coolio,,stylo ^^,

hehehe.oke cter dia.tp xsuke sbb bnyk yg x senon..
xsuke.xsuke.xsuke.
lg stu tkejut dgn kata2 wartawan ms mula2 cter tu start psl virginity..1 drpd 3 pelajar perempuan sudah tidak dara..hm..[moga2 dberi kekuatan utk mjaga diri ini shga smpai masa nya]
hmm.xde ap nk ckp,,juz nk share kata ashraf muslim lam cter nie..
  1. 9 drjah keaiban bagi wanita : malu
  2. 1 drjah keaiban bagi lelaki mnyebab kan lelaki itu jd suka mendesak,,mnzalimi wanita,suka merayu, mndagangkan wanita n etc..
  3. 3 drjah keaiban wanita yg perlu dijaga : menjaga mutiara diri dari dinodai,,menginsafi diri dari dosa2 lalu dan mencari jalan mendekatkan kepada Dia dan berserah kepadaNya..
nilai yg sy ambil bnyk lah kan..dan yg sy highlight skli slaen di ats nye,, jgn ingat perkahwinan tu satu perkara yang suka hati boleh buat main2..

ad saya baca post corzmate sy,,seorang lelaki..dia tulis,,touching lah bila tgok aku masih dara..hehe,lembut jgk hati dia ye :)

bulan..

saya dah mengantok.
tapi saya nak update jugak.heh :p
malam ni suke sangat.
sebab bulan penuh malam nie.
subhanallah,cantik sangat!
suke..suke..
tengah2 menghayati keindahan bulan tu kan.
tetiba la plak kan,memori tu hadir.
aishh..ada je dia nak menyelit.
tapi saya tetap bahagia dengan memori itu.
nak tahu apa?
sebab dia la saya mula berjinak-jinak dengan seni.
melukis.mewarna.
masa tu darjah 5.
saya start suka dengan crayon,kertas lukisan and everything bkaitan.
haha.itulah saya.minat apa yang dia minat.adoii..
hm.yang buat saya ingat tu sebab bulan la.
masa drjah 5 tu kitorang sekelas belajar tona warna.
dr cerah sgt,cerah,gelap sikit,makin gelap,gelap sgt.
buat la bulat,bulat,bulat smpai la akhirnya jadi mcm bulan.
sebab masa tu sy pilih warna biru.
yang saya punye,oke2 jep.
yang dia punya lah,lawa sangat.
memang dia berbakat sangat.mak berseni,anak mestilah ikot berseni kan.
mana tumpahnya kuah kalo tak masuk lam pinggan,ye x? hehe :p
siyes,memori tu tak buat saya sedih pon.
memori tu buat saya senyum :)


p/s : oke lah..gudnyte ^^,

bila....

bila hati jadi terlalu dingin.
bila mulut tak mampu berbicara.
bila kaki dah tak mampu melangkah.
bila fikiran dah tak stabil.
bila segala nya jadi tak normal.
please.
i need somebody..

Maghfirah Cinta...

Dalam gelap ku berharap,
Dalam hening ku bermohon,
Mengharap kasih Mu,
Memohon redhaMu,
Berikan ku setitis hidayah,
Limpahkan ku seberkas cahaya,
Tuangkan ku secangkir maghfirah,
Yang takkan pernah usang ditelan zaman..
Ya Rabbi..
Ku tak sanggup terus begini,
Tunjukkan ku jalan Mu,
Bimbinglah ku menujunya,
Biarkan aku melewatinya,
Hanya maghfirah cintaMu,
Yang menyelamatkan ku,
Hanya hidayah kasihMu,
Yang membawaku menuju pintu syurgaMu,
Tak ada cinta sejati
selain maghfirah cintaMu,
dalam pelangi hidupku...


p/s : jiwa hampa tanpa cinta, hati hampa tanpa iman..

schubert's serenade...

schubert's serenade..
lagunya penuh dengan kenangan.
dan dengan kenangan itu,coretan ini ditulis.

ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama waktu itu bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini,
tiada sejarah dengan air mata..

there could be beauty in tragedy,anyway...

geng_islam 17

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya."

Riwayat Ahmad

p/s : b'doalah kpd Allah dgn doa :"Allahumma ya muqallibal qulub thabbit qulubana 'ala dinika wa to'atik"

geng_islam 16

DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir."

Riwayat Muslim

geng_islam 15

Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk."

(Bukhari)

geng_islam 14

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

"Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit "Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:"Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya" kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."

(Muslim)

please...

please waniey.
be strong dear.
hari ni ngan esok jep.
lps tu xde da.
sabar skit je.
oke waniey?
tahan.
xnak da kuar airmata pagi nie.
sabar oke.
[smile]

Jauhkan rindu...

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

artikel iluvislam.

geng_islam 13

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."

Riwayat Ahmad

geng_islam 12

Dari Abu Said. Al-Khudri r.a, dari Nabi SAW sabdanya:

"Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!" Jawab para sahabat, "Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu." Sabda Rasulullah SAW, "Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan." Mereka bertanya:"Apa haknya, ya Rasulullah" Jawab baginda :"Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar."

Muslim.

Aku cuma An-Nisaa...

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku Ya Allah..
Aamiin..

geng_islam 11

Dari Anas r.a katanya:

Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

"(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:"Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.."

~Bukhari~


p/s : solat itu penghubung antara hamba dan Ilahi..

geng_islam 10

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya."

Riwayat Muslim..

p/s : bacalah,sebutlah dgn nama tuhan yg menciptakan sgala kejadian di dunia..

hujan...



xnampak rintik-rintik hujan pon.
hp murah.huhu.
asyik duk tgok hujan d luar.
mengintai dari jendela bilik.
hm.
sunyi je tiap2 malam.
dingin.
sedingin hati sy skrg.
.......

Puteriku Sayang..

Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman..

p/s : teringat dlu2..slalu nyanyi lagu nie bila2 masa..di mana jua...aishh..bila rase mcm2 nie,,mula la rasa cam nk duk bwh shower lama2 smpai kembang dan mbeku.........

geng_islam 9

Dari Abu Masud r.a katanya:

kami diperintah rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: "Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya semata-mata." Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :"(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih."
(at-Taubah:79)

p/s : bnykkan sedekah dgn niat yg ikhlas krn ia salah satu bekal kita di akhirat ....renung2kan dan selamat beramal :)

rooftop rant...


lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan

Allah takkan bebankan hambaNya dengan
apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya indah
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri durinya tetap ada
Kadang kadang bilamana ujian itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan diri berbicara
tentang hikayat rooftop rant..

tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa..

ah.sy masih terkelu
dengan segala dalam novel ni
tentang kehidupan
yang merubah diri..
bukan setakat novel biasa,tp mampu menggoyah perasaan sy.
i like it.

precaution steps..



[vid ni bg mahasiswi malaysia kat Tanta tp sy ubah kpd mahasiswi d Malaysia..hehe]

Precaution steps yg perlu diambil bg mengelakkan gangguan seksual :

1. elakkan melalui lorong2 sunyi [ex : jalan biawak kat UMT..ngeh3]
2. elakkan lorong2 remaja2 lelaki bkumpul [mane2 jela yg dorang suka memenuhi ruang]
3. Jangan pakai pakaian yg ketat & nmpk aurat [ala..mcm balut nangka tu..xpon pkai bju zaman baby dlu2..]
4. banyak kan berdoa kpdNYA utk mjaga keselamatan diri kita.
5. elakkan berseorangan [jalan tu bia ramai2..wat group la senang]
6. elakkan keluar pada waktu malam [kan ppuan,,x manis jalan sorang2 malam2..]
7. ikhwah juga perlu btindak [jgn lak nmpk curiga pon,wat derk jep ]


okeyh tu jep.peringatan utk sy jua :)

geng_islam 8

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rrahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya."

(Muslim)

fakta..

Studies indicate lab chemists may have :

Shorter life spans, more disease
Hoar, S. K. et al, J. Occup. Med,. 23, 485 (1981)

Higher cancer incidence
Dement J.M. & Cromer J.R., Appl. Ocup. Environ. Hyg., 7,120 (1992)

Higher suicide rate (females)
Walrath J. et al, Amer. J. Pub. Health, 35, 883 (1985)




haa..da baca? inilah fakta yg sy dpt td dlm lecture Chemical Safety & Management.
menarik kan? sgt222. nauzubillah.. sy tak nak lah sume tu. mintak djauh kan,amiin.

actually no points pon,juz rase nk share fakta2 menarik ni yg mampu buat bdk2 corz tenggelam dlm surprise oleh Dr Tei..muahahaha..

..doakan kesejahteraan sy ye ^^,

tag lagi :)

Siapakah insan yang teristimewa dalam hidup anda?
:: of corz my family..

Apakah yang anda ingin katakan/ berikan kepada mereka?
:: everything..xdpt nk list kan,,mcm2 nk bagi..mcm2 nk kata..uhuhu
Italic
Adakah anda insan yang setia? Pasti dengan jawapan anda?
:: haha.kwn sy ckp,sy mmg setia.wallahualam ^^,

Bila terakhir sekali anda keluar hangout bersama kawan2 anda dan di mana?
:: 30hb december 2010..kuar g mcD n giant..ngan nik & kakma :)

Pilih antara 2, mimpi atau realiti yang lebeh indah?
:: mimpi..sy nak mimpi mcm2..hehe

Sebab?
:: sbb dlm mimpi mcm2 khayalan sy yg dpt dpenuhi & rase bahagia sgt..huhu

Apakah pendapat anda tentang pengirim ini?
:: pendapat? ops! sy tak berkenalan lg dgn dia.hehe.sy rase dia baek jep :)

Apakah award ini bermakna kpada anda?
:: award? heheh..bmakna sgt kalo dpt kumpul ats meja study :p

Lasty, berikan taggie ini kepada 5 blogger laen!
:: sape2 yg bace post sy kali nie,,anda di TAG! :))

chill :)

3hb Jan 2011

start kuliah sem 2.
subjek2 pon mkin tough.
waktu pon mkin padat.
3hari kuliah start kul8 pg.
2hari kuliah abes kul 10 mlm.
cuma hri isnin,ad 2 jam kuliah.
hm.9 subjek.
same as last sem.
i wish i could managed my time.
kena lipat ganda kan usaha utk sem nie.
kalo tak cmne nk dpt dekan.tol x.
sepintas lalu subjek yg akn sy ambil :
  • Pengurusan & Keselamatan Bahan Kimia
  • Kimia Termodinamik
  • Amali Kimia Organik
  • Mekanisma dalam Kimia Organik
  • Amali Kimia Tak Organik
  • Kimia Tak Organik
  • Teknik Spektroskopi dalam Kimia Analisis
  • Matematik untuk Kimia
  • Kenegaraan Malaysia
okeyh.mmg sy suka kimia.
tp bila da banyak2 cmni,kdg2 sy pon jd pening.
*frankly speaking,hehehe*

teringat m.cik sy ckp,org kimia xyah pakai baju lawa2,xde org tgok gak.
sbb pakai labcoat & slp hb ad yg kene bhn kimia,abes rosak baju.
aigooo.sabar jela.huhu.
[mira,kamu blh pakai lawa2,sbb nty msuk tv.
popular.famous amous ^^, ]

aishh.mcm da mengarot jep nie.mula2 niat td nk ckp 1 bnda nie.
sy nak minta maaf kat semua.kalo2 sy ad wat slh slp.
hrp maaf ye.kalo blh sy nk start sem 2 ni dgn hati yg kosong.
moga2 urusan kita semua dpermudahkan,amin ^^,

p/s : doakan sy get through dgn oke nya sem kali nie,thanx!
rindu da ng fb.aisshh.deactivated lg.cam xde keje.hehehe.

geng_islam 7

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."

Riwayat al-Hakim..




p/s : hmm..geng islam..xdpt dkenal pasti nme sbnr..agk kecewa sbnr nya..so,nsht dia,,panggil jep geng..x pelik pon..bg dia mmg xpelik,,bg sy pelik..mcm samseng jep pgil2 geng..aigoo~~ xpela,give up..geng pom geng la ^^,

-010111-

1hb jan 2011.
da msuk thun baru.
nothing to say.
juz rase nk tulis sumtinx.
yg prnh sy 'nukilkan' stu masa aritu.
ap yg berterabur keluar pun sy xtahu cmne.
td belek2 notes lam hp,tbaca yg nie.

...
Kau pergi tanpa pesan,
Kau hilang tanpa kesan,
Kau tinggalkan ku tanpa kata,
Kau sepi tanpa berita..
Kau buat ku derita,
Kau buat ku merindu,
Kau buat hatiku duka,
Kau buat ku tertanya,
Di mana kau?
Di mana..??
Kenapa kau buat ku begini?
Kenapa?
Jikalau benci, katakan saja..
Jikalau tak lagi sayang, ucapkan saja..
Jikalau tak inginkan ku,khabarkan saja..
Aku juga ingin bahagia,
Aku juga ingin ketawa,
Aku juga ingin gembira..
Jangan kerana kau, hanya duka yang bertamu..
Jangan kerana kau, hanya airmata yang menitis..
Jangan kerana kau, senyuman ku mulai pudar..
Jangan kerana kau, hatiku terus terluka..
Tapi,
Jangan salahkan ku, tidak membuang rasa ini..
Jangan salahkan ku, terus menanti..
Jangan salahkan ku, tidak berhenti berharap..
Kerana,
Aku sendiri bingung,
Setia ku luar biasa,
Rindu ku tak bertepian,
Ingatan ku tak pernah pudar,
Sayang ku tak berkurang,
Kasih ku umpama laut,
Cinta ku bagaikan awan..
Aku sendiri tak mengerti..
Segalanya makin tak terkawal,
Membuak- buak,
Tak terluah..
Segalanya ku pohon petunjuk dari Nya,
Adakah suatu hari nanti,
Akan ada sinar untuk kau dan aku..?
....


p/s : hahaha.ntahpapentah aq merepek kan.tulah.cmne ntah aq ley buat mnde nie.bilakah?kenapakah?bagaimanakah? aigooo~~

bila terlalu banyak yg dpendam
bila terlalu banyak yg dirasa
bila terlalu banyak yg bergelora
sampai satu saat
akhirnya
ia jadi kosong..



















p/s : sy nak berubah.abaikan sy.