awak..
melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. JANGAN!
bagaimana harus saya bencikan awak?sedangkan setiap hari saya merindukan awak, .seumur hidup ini mencintai awak..
awak,
sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, sya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. kalaulah awak bertanyakan pada saya, sedalam mana saya cintakan awak..ini lah jawapan saya.....
' kalau 1 hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. meskipun pada waktu itu saya bisu buat selamanya. '
' kalau 1 hari awak kehilangan penglihatan, saya akan berikan mata saya, agar awak bisa melihat semula. meskipun pada waktu itu,saya buta buat selamanya. '
' kalau 1 hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya.agar awak dapat hidup buat selama-lamanya.meskipun pada waktu itu, saya tiada lagi di dunia ini.
semuanya untuk awak, tapi, 1 saja yang awak tak kan dapat dari saya sebelum awak menikahi saya..
seseorang pernah berkata..
' if you love someone, then, let that person go.if that person is meant for you, then, that person will come back to you eventually. but if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place'
awak,
kerana mencintai awaklah saya melangkah pergi,
demi kebahagian awak. saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari.supaya suatu hari nanti, awak mengerti erti cinta sebenar. supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang dan semoga awak tak terlewat untuk menghargainya.
awak,
saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita.saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak menyoal.saya jugak tak pernah kesal.sekurang-kurangnya selama saya mengenali awak,saya bahagia walaupun kadang2 sakit lebih nyata.
saya juga percaya,andai benar kita ada jodoh, awak akan kembali pada saya.
itu bukan harapan saya, tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalaupun awak tak pernah kembali pada saya,saya percaya itu mungkin yang terbaik.
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…
No comments:
Post a Comment