Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..

ombak...

Saya nak teriak kuat kuat..!

Nak berdiri depan laut luas,

Nak lontarkan suara pada gelora laut

Saksikanlah duka saya ini wahai ombak..

Basah bayu pantai menyapa pipi..

Kolam rasa yang membanjiri mata menumpulkan pandangan

Jangan lupakan saya wahai pasir pantai..

Kerana walau mustahil membilang butir mu

Saya tetap berada di gigi air ini

Mengharapkan ada yang sudi bertanya

Masih belum rebahkah gagah saya itu?

Ataukah..

Sewaktu saya terpandang buih yang pecah,

Saya turut berderai ditelan laut duka yang tidak berpenghujung...

No comments:

Post a Comment