Yang sudah tu sudah lah
kita lupakan mimpi itu
Segalanya sudah tamat buat ku.
Segalanya tidak lain hanya kerana mu,
demi kamu..
Aku lepaskan mu terbang lagi bebas semau mu
kerana itu yang kau mahu
Seperti titik hitam yang cuba kau sembunyikan,
aku adalah pendatang yang menyusahkan.
dan kau tidak perlukan aku bersandar di bahu mu
sebagaimana kau tidak mahu bersandar di bahu ku..
Aku hanya mengitai intai dari luar jendela
tidak pernah dapat menghuni di hati mu.
bertamu pun tidak pernah di pelawa.
Sedangkan bagi ku
kau bertuan di jiwa.
Biarlah,
yang sudah itu sudahlah
Aku yakin kau tidak akan apa apa
yang rapuh dan bertaburan hanya lah aku
Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..
biarkan ku di sini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment