Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..
Sepotong ayat yang dingin.
Mewakili diri mu yang sengaja membeku.
Hukuman apa kah ini, aku tak mengerti.
Semakin aku cuba mentafsir langkah mu,
Semakin itu aku terkeliru.
Begitu lah sebenarnya kehidupan,
Bila tidak ada budi yang di kenang,
Bila kelebihan mu mengatasi kekurangan ku,
Semudah itu lah segalanya bernoktah.
Siapakah yang merasakan pedih luka ini kecuali yg terluka.
Dan sememangnya kamu yang melukakan tidak akan terjejas.
Aku bayangkan lontaran ketawamu di saegenap penjuru.
Ketawa lah se mau mu kerana yang kalah bukan kamu.
Biarkan saja aku di sini berhempas pulas untuk bangun sendiri.
Campakkan lah hati ku se keras mungkin jika itu membahagiakan mu.
Usirlah bayang ku agar tidak berterusan menjadi daki di telapak kaki mu.
Penghinaan yang kau hulurkan ini tidak pernah ku bayangkan,
kerana demi kamu segala kemungkinan telah aku pertaruhkan.
Demi kamu yang memulakan mimpi,
dan demi kamu yang mengakhiri nya begitu saja.



No comments:

Post a Comment