Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..

vita...

Another second crawling by
Another moment finding me
Head tilted to the sky
Deciphering the language of nature
Telling me the secrets of life
It doesn't even know how to lie

The whispers told me
I'm just another passerby
The signs are everywhere
but many failed to survive

What marks life for you?
Is it Armani suit and shoes?
Or it simply the scent of morning dew?
Is it the beachfront villa all brand-new?
Or it simply the spalsh of sunset's glory hues?





p/s : sdg memahami mksud tsurat n tsirat this quotes "the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"[hlovate] ::::: google pon boley~
try la bace contengan jalanan.the newest one.point ad,coolio,sempoi.



cuti la sangat kan~

dlm sedar x sedar,da hmpir sminggu brada di cheras..
bmula dgn flight pagi 4hb,tros ke bangi utk knduri khwin sdara..
brhat2 di bangi kmudian ke bndar mhkota cheras..
stay smpai hri ni..
7hb ad minor operate dkt pusat rawatan al islam kg baru..
tp tiap2 hari confirm kuar pagi,,balik tghri or ptg..
well,kalo x g jenjalan x sah la kan..lbh2 lagi ngn mcik2 yg sekepala je sume..
mak pon ikot skali..biasalah,shopping memanjang...~~
alhamdulillah,murah rzki..msg2 blh la shopping 2 3 psg kasut,kain pasang utk raya,handbag n laen2..yg bab ni mmg best.. [ppuan....hehe]
then alhamdulillah jgk,sbb xyah gune garmin gps or whatsoever..ingt2 sndiri jalan2 sini..
mcik sorg blaja kat usim,blh lah hrpkan dia..sy tlg ingt je,backup driver..
dpt pglaman jgk,drive kat cni,pg jusco dkt cheras cni..hehe,nsb dpt balik ke pangkal jalan :p
td,lps shopping baju raya,pcik hntar sy ngan mcik 2 org kat jusco..kene tgal kat ctu sbb dia ad agenda laen ngan mak,tok n tokki..aishh,,jeles btol..sgup dtinggalkan kami di stu..
suruh g tgok wayang..so dgn rela hati,kami mlayan la wayang movie Karak,mbeli belah novel2 best kat popular, shopping baju spupu2 kcik n sbelum di jemput balik ke rumah..
sbnarnya xkene hari la,,final destination 5 blum kuar lagi..kalo blh nk tgok FD5 tu..x sbr nk tgok..huk3
oh lupa..ad jgk pergi jenguk muktamar pas yg ke 57 [kalo x clap] 1-3 rejab hari tu..whoaa..best sgt..tp x smpat nak lelama...hmm...laenkali insyaallah :)

hm.mhitung hari..bila la nak pulang ke katojie smula nie...aishhh~~~


andai kau tahu...

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..


jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

::artikel virtualfriends::