Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..

Arca Di Jiwa...

| Jurnal 2 |

Wahai pulau sepi…aku kembali lagi…

Di pulau ini, aku mencari buah – buah kenangan. Daripada celah pohonan, kupetik dan kuusap. Kutelan ia mengisi jasadku daripada mati kekeringan. Sebetulnya buah – buahan itu tidak sukar untuk kucari. Hanya perlu mengingatkan kembali bagaimana ia bermula dan ia akan muncul di antara kedua mataku.

Setiap hari aku akan berdiri di pesisir pulau. Memerhati jika ada sampan yang singgah. Menunggu kapal – kapal yang sudi untuk mengambilku pergi daripada pulau sepi ini. Dalam penantian itu, aku bermain sendirian. Membina istana pasir, melorek sesuatu di atas permukaan pantai sambil menguis – nguis kulit cengkerang.
Sekali sekala aku turun ke gigi air, untuk bersuci dan berwuduk. Kekadang aku berenang di permukaan air, memandang karang di dasar. Melihat anak – anak ikan yang bebas berkejaran. Sehingga menyangka diriku sendiri adalah ikan yang bebas.

Setiap kali malam muncul, bayang – bayang yang menemaniku hilang. Aku bimbang,takut dan merasa sunyi. Tetapi aku teringat janjiku bersama dia. Lalu bintang – bintang di langit bersinar terang. Memberi cahaya untukku. Aku tidak tahu apakah nama bintang – bintang itu. Sama ada di penjuru Timur atau Barat, Utara atau Selatan. Mereka bertaburan di dada langit, sehingga sukar untuk ku susun dalam ingatan.

Entah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa. Entah berapa hari aku tersadai di pulau sepi. Kisah semalam masih segar, sehingga buah – buah kenangan tersembul di kiri kananku. Mendesak aku memetiknya dang mengungkap sesuatu. Aku mencapai punting kayu halus, bergegas ke pinggir pantai.
Kuturut rentak melodi ombak menghempas pantai. Di pasir lembab itu kutulis sesuatu. Kubacakan kalimah demi kalimah.

Kudus hembus sukma menyapa jiwa,
Berjurai kuntuman kejora menembus nostalgia,
Halus warna semalam berubah jingga,
Mulus mngusap – usap mencumbui sejuta figura,
Kabus terang, suram berbalam – balam,
Sejurus kutangkap sesusuk wajah duka.
Dalam impian
Kuhayati sebujur wajah muda,
Asyik kulekuk redup mata bundar,
Kulorek kening lentik mata pedang,
Ku usap – tiup gebu pipi semulus sukma.
Lalu
Sayu kuseru sepotong nama,
Menanti tawa ddan canda bicara,
Lesu kubaca mantera cinta,
Menanti turunnya kasih membuah setia,
Kaku hatiku diam beku di situ,
Kusedar diri ini tidak kumiliki sesiapa,
Hanya mampu mengukir sebuah arca di jiwa.

Aku melempar kayu di tangan dan menatap tulisan itu. Kenapa?
Kenapa dia terlalu kukuh di nubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. Meminta aku rakam saat pertemuan dan perpisahan, serta kisah – kisah di antara keduanya. Dia mahu aku setia, sepertia kesetiaannya padaku. Walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya.

Cintanya meniup layar kecilku hingga terdampar di pulau sepi ini. Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehingga dia memiliki kuasa sebegitu? Mustahil orang yang telah pergi melakukan semua itu!

Aku hairan kenapa kapal – kapal lain tidak singgah ke pulau ini? Adakah mereka tidak melihatnya? Atau sebetulnya pulau sepi ini tidak wujud. Atau pulau ini hanya bayangan ilusi yang dihantar untukku sahaja. Barangkali ada dinding lut sinar yang menghalang penglihatan mereka, yang aku sendiri tidak mampu melihatnya? Tidak mampu merobeknya.

Aku kembali ke tempat tadi. Berbaring sambil memandang bintang di dada langit. Hati mula bercitra dengan monolog sukma sendirian.

+Mencintai dan mengenali tidak sama. Cinta tidak memerlukan sebab. Hanya kerana suka dan kasih, lalu mencintai.

-Bagaimana dengan kenal?

+Untuk kenal memerlukan banyak sebab. Banyak soalan, banyak andaian.

-Seharusnya bagaimana? Adakah aku mengenali atau mencintainya dahulu?

+Diam,aku tidak tahu.


p/s : hati ini menangis..jiwa ini merintih...tapi tiada siapa yang nampak....


Biduk Patah Kemudi..

| Jurnal 1 |

Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu ku namakan ia Pulau Sepi.

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawa ku pergi. Lama aku di situ, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang – bayang tidak berisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat kufahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu.
Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan- lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku. Saraf – saraf di tubuhku hilang rasa, arteri – arteri yang meluru ke jantungku terputus.

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia- siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingati diri tentang masa depan, tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri di sisi insan ada Tuhan. Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Sarfa sarafku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deriaku kembali mencicip rasa. Memaksa aku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu kugagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu.

Biduk patah kemudi tersesat di lautan,
Teringat Tuan Puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidup perlu diteruskan.

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baharu ku tahu, dia sangat istimewa. Walaupun dia Cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya bermukim di lubuk hati. Dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi.


sharing is caring...

alhamdulillah.
dpt brta sahabat di mesir.
sorang tu da smpai m'sia,sorang da ad kat jeddah.
yg laen,insyaAllah slmat jgk.xdpt brta direct dr dorg lg.
hr nie bru rase nk share cket tp bnyk picx famili gathering ritu.
muhabsah 2011.

1| warisan pahlawan resort

2| sekitar sblum btolak n da smpai d resort

3| game : boling dewan [famili]

4| game : kutip getah ngan straw [famili]

5| game : explorace kanak2 ribena

6| game : passing straw 13ahli [campur2]

7| game : kolaj kanak2 bwh 5tahun


8| anak,menantu & cucu MuHabsah ^__^



9| family katojie


10| b4 btolak ke Tasik Kenyir

11| penyampaian hadiah & bgambar

12| Air Terjun Lasir,Tasik Kenyir


sekian ^^,