Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..

bisikan cinta :)

Cinta itu berbisik
Menggamit setia sebuah kasih abadi
Bertaut dalam sudut hati

Yang jauhnya sukar aku jangkau
Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta



Adakah dosa bagiku Ya Allah?
Aku dibuai pesona wajahnya
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya.


Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam

Ya Allah
Aku redha mencinta
Dan dicintai
Jika ini ketentuan Ilahi
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri
Dua jiwa bersemi


-syafiqwahab-

4 comments:

  1. ..Terkilan rasa dihati
    Saat tersedar aku dilamun
    Keindahan bisikan cinta..

    sukar sekali menjaga sucinya cinta itu.

    semoga diriku jua dirimu gagah menahan panahan syaitan yang mendodoikan.aamin..

    wish u best of luck in mujahadah. same goes to me. ^^

    ReplyDelete
  2. Mengenali seseorg itu kadangkala membuat kita ketawa,mengenali seseorg juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata,sesungguhnya mengenali seseorg itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah, sedih, merana, gembira, sayang dan rindu..Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah..Biarpun hadirnya hnya seketika dan sementara,bersyukurlah dgn kehadirannya kerna dgnnya kita mengenal erti kasih sayang..

    TENANGLAH DUHAI HATI Berterima kasihlah kepada orang yang telah membuat hati
    kita TERLUKA,MARAH dan KECEWA..kerana sebenarnya dia telah
    mengajar kita ERTI sebuah KESABARAN..
    InsyaAllah..Amin ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx zati :) betul...mereka btul2 buat hati ni matang n lbih kuat dr dlu..alhmdulillah :)

      Delete