kosongkan kepala dari segala permasalahan
Lapangkan fikiran dari segala kekusutan
Bebaskan hati dari amukan gelora perasaan
Pecahkan dan keluarlah dari kepompong ketakutan
Tumpukan perhatian hanya padaNya
Bertenanglah
Bersabarlah
Bersederhanalah
Bijaksanalah
Itulah kunci sebenarnya
Bersungguh-sungguhlah
Ikhlaskanlah
Niat
Demi meraih setitis nikmatNya pabila bersujud di malam yang hening
Moga akan peroleh secarik
Kepuasan
kebahagiaan
kesejahteraan
Kedamaian
Kerana aku hambaNya
yang tidak pernah jemu memanjatkan doa
yang mendambakan ketenteraman jiwa
yang mengharap Kasih dan RahmatNya
Kerana aku adalah manusia
yang engkar di segenap penjuru masa
yang ditakluk nafsu dan pesona dunia
yang disesal hanya sementara
yang diinsaf hanya kata-kata
Moga taubatku diterima Yang Esa
.virtualfriends.
No comments:
Post a Comment