Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmatMU aku memohon bantuan. Perbaikilah urusan ku semuanya, dan janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun. Dan jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu, Ya Allah.. Amiin..

Cinta After Nikah...




hayatilah vid ini :)

sedikit intipati dari vid ini :

Rasulullah saw bsabda, : "Allah itu cemburu, orang mukmin (yg ada iman) pun cemburu."

kita takut, bila kita letakkan selain drpd Allah swt,lbh kita ingati,lebih kita fokus, lebih kita korbankan sesuatu utk dia, kita takut Allah cemburu pada kita.
Bila Allah cemburu pada kita, azab Allah yg paling kita takut ialah bila mana Allah tidak lagi kisah pada kita sbb kita tidak balas cintaNYA.
bila Allah tidak lagi kisah pada kita,,apa akan jadi pada diri kita??
kita takkan rasa lazat lagi pada jalan-jalan kebaikan..
kita takkan rasa seronok pada kebenaran..
kita akan buat ikut suka hati kita...
kita akan terpisah dgn hidayahNYA..

bila kita kagum,,minat,,suka pada seseorang, kita nak uruskan segala rasa itu, mengikut apa yang Allah suka..bagaimana??

setakat apa yang saya dapat catit,,ada tiga cara dia..

1) muhasabah diri..check betul2 kenapa kita suka dia? adakah kerana agamanya? adakah kerana ke'handsome' an nya? adakah kerana nafsu??? bagaimana pula cara si dia menawarkan cinta dia pada kita? lihat pada luaran,,sbb dalaman hanya DIA yang tahu..adakah dia mengajak dgn cara mghampiri zina? mghampiri jalan2 maksiat? fikir baik2..

2) jaga ikhlas kita dengan Allah..bimbang jika tidak jaga ikhlas kita,,kita tak dapat 'rasa'..apa itu 'rasa'??

3) banyak kan persiap diri kita untuk mjadi pasangan ideal..bagaimana?

segala jawapan,ada lam vid nie..cuma ambil masa 13 mnit,,hayatilah...skjap saja...kalo rasa xsempat sgt2 pon nak tgu vid ni buffer,,tnya direct dgn saya..insyaAllah,sy bgtau...tak pon,download je vid nie..sambil download tu,,blh buat keje laen :)

oke..ingatan untuk anda dan diri saya jua wpon sy tahu,diri ini juga prnah tlanjur mcintai & mngagumi seseorang suatu detik dahulu :)

"berikan kekuatan padaku, keluargaku, sanak saudara dan sahabat2ku yang disayangi, ya Allah,, untuk merasai syurga cinta di dunia ini sehingga kekal syurga cinta di akhirat sana insyaAllah..."



No comments:

Post a Comment